in ,

Dapatkan Horizon Zero Dawn Complete Edition Secara Percuma Sekarang Di PlayStation Store

Para pemain di PS4 dan PS5 kini berpeluang untuk mendapatkan Horizon Zero Dawn Complete Edition secara percuma di PlayStation Store.

Korang boleh menebus game open-world yang dibangunkan Guerrilla Games itu dari sekarang hingga 15 Mei, 11 pagi (waktu Malaysia). Apabila korang masukkan game ini ke dalam Libary, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.

Horizon Zero Dawn Complete Edition merupakan bundle yang menggabungkan game asal dengan DLC The Frozen Wilds.

Tawaran ini adalah game kesembilan dalam senarai game percuma Play At Home yang diumumkan Sony pada bulan lalu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Sony menyatakan yang akan ada “lebih banyak bakal tiba” dalam masa terdekat melalui kempen Play At Home ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umumkan Tarikh Acara E3 2021 Pada Jun

Apex Legends Mobile Mula Sesi Beta Bulan Ini Untuk Android, Screenshot Diperlihat