Game pertama Watch Dogs boleh dikatakan sebagai antara game paling mengecewakan pernah dihasilkan, tapi mungkin korang tak tahu mengapa ramai yang mengatakan sebegitu?
Kini, korang berpeluang untuk mencubanya secara percuma melalui Epic Games Store. Senarai game percuma yang ditawarkan di platform itu untuk minggu ini ialah Watch Dogs dan The Stanley Parable.
Kedua-dua game ini boleh dimasukkan ke dalam akaun korang secara percuma dari sekarang hingga 26 Mac. Apabila korang dah ambil, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Korang boleh dapatkannya di laman Epic Games Store.
Semoga kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan secara tenang dengan bermain game-game ini!
Comments
Loading…