For Honor sekarang boleh korang dapatkan secara percuma di Steam sekarang! Ya, korang bacanya dengan betul!
Edisi yang diberikan percuma ini ialah Starter Edition. Jangan bimbang, Starter Edition merupakan game penuh, di mana korang akan boleh mainkan semua mode yang ada dalam game ini.
Beza antara Starter Edition ini dengan edisi-edisi lain ialah jumlah Hero yang korang boleh mainkan di awal game adalah kurang. Selain itu, masa yang korang perlu habiskan untuk meng-unlock Hero-Hero seterusnya juga adalah lebih lama.
Senang kata, semua Hero boleh korang unlock dalam Starter Edition ini, tetapi memerlukan masa dan usaha yang lebih banyak berbanding kalau korang beli edisi lain.
Tawaran percuma ini adalah terhad dari sekarang sehingga 27 Ogos ini. Jadi, pastikan korang ambilnya cepat sebelum tawaran ini tamat.
Korang boleh dapatkan For Honor Starter Edition di laman Steam.
Comments
Loading…