Bermacam game kini diberikan secara percuma bagi membantu orang ramai untuk terus kekal tenang di rumah bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Antara yang terbaharu ialah Ubisoft kini memberi secara percuma salah satu game terbaik dari francais Assassin’s Creed untuk platform PC — iaitu Assassin’s Creed 2.
Tawaran ini dibuka dari sekarang hingga 17 April ini, dan apabila korang ambil game ini dalam tempoh waktu ini, ia akan menjadi milik korang buat selamanya.
Korang boleh ambil Assassin’s Creed 2 secara percuma di Uplay melalu pautan ini.
Tiada pemberian percuma untuk game ini di platform lain setakat ini selain hanya untuk platform PC.
Assassin’s Creed 2 merupakan game kedua dari francais yang cukup popular ini yang dilancarkan pertama kali pada tahun 2009 untuk PC, PS3 dan Xbox 360. Kemudian pada tahun 2016, game ini telah mendapat versi remaster untuk PS4 dan Xbox One sebagai salah satu game yang ada dalam The Ezio Collection.
Comments
Loading…