Selepas berjaya memperoleh 10 juta pemain dalam masa 72 jam, kini game terbaru daripada Respawn ini telah melakar satu lagi pencapaian memberangsangkan.

Dalam satu kenyataan di blogpost, CEO Respawn, Vince Zampella telah mengumumkan yang Apex Legends telah mengumpulkan 25 juta jumlah pemain dalam masa seminggu sejak pelancaran. Dalam tempoh itu, game ini pernah mencapai 2 juta pemain online serentak dalam satu-satu masa.

Mereka telah mengeluarkan satu video untuk meraikan pencapaian ini, dan korang boleh saksikannya di bawah:

Dalam kenyataan itu juga, mereka mengumumkan bahawa pada minggu ini, mereka akan bawakan loot yang bertemakan Hari Kekasih (Valentine’s Day).

Selain itu, mereka turut mengingatkan yang pada bulan Mac ini, mereka akan memperkenalkan Battle Pass yang menambah lebih banyak Legends, senjata, loot dan macam-macam lagi.

Bagi korang yang masih tertanya-tanya tentang Apex Legends, korang boleh baca reviu JomGaming di sini. Kami mengatakan yang secara keseluruhan, game ini sememangnya sebuah game yang sungguh mantap dari pelbagai aspek. Kepada penggemar genre battle royale, walaupun korang sudah mula bosan dengan genre ini sebelum ini, korang harus mencuba game ini terlebih dahulu. Game ini telah menyuburkan semula cinta kita kepada genre battle royale, dalam dunia Titanfall yang cukup indah.

Apex Legends boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.