Career Mode merupakan antara mode paling popular dalam siri game FIFA, namun selepas tiada banyak perubahan dalam beberapa siri terbaru, ia semakin menjadi tepu.

Walau bagaimanapun, korang jangan risau kerana dalam FIFA 20, banyak perubahan akan dibawakan ke dalam Career Mode. Antara yang menarik ialah karakter pengurus yang korang cipta nanti bakal menampilkan banyak pengubahsuaian baru, seperti buat pertama kalinya, boleh memilih jantina sama ada lelaki atau wanita.

Korang boleh menghias penampilan karakter pengurus korang dengan lebih banyak pilihan seperti memilih jantina, wajah, aksesori serta pakaian.

Selain itu, EA Sports akan menambah baik sistem semangat (morale) dan sidang media. Apabila menghadiri sidang media, setiap jawapan yang diberikan akan memberikan kesan kepada morale para pemain. Segala jawapan ini akan mempengaruhi overall rating para pemain ketika di atas padang.

EA Sports telah mendedahkan lebih banyak perubahan dan penambahbaikan yang akan mereka tampilkan ke dalam Career Mode di FIFA 20. Korang boleh baca kenyataan penuh di laman web rasmi EA Sports.

FIFA 20 akan dilancarkan pada 27 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

1 komen

  1. Xde ke penambahbaikan dlm urusan jual player from academy? Bnyk kali berdepan masalah player xagree sbb personal reason then kelab xdpt jual. Padahal tu salah satu objektif kelab.

JomKomen!