Penat ‘carry’ rakan sepasukan yang tak reti nak PTFO? Dah bosan tembak-tembak?

Jomlah kita mainkan tetris pula dalam Overwatch. Seorang pemain telah mencipta permainan tetris melalui Overwatch Workshop.

Bagi korang yang tak tahu, Overwatch Workshop ialah mode khas yang membenarkan para pemain untuk mencipta mode-mode dengan peraturan-peraturan sendiri. Ada yang mencipta payload yang mempunyai kuasa magnetik, Overwatch dari pandangan atas (top-down) dan banyak lagi.

Mode tetris ini dicipta oleh Florens, dan korang boleh mainkan mode ini dengan memasukkan kod: X236D ke dalam Overwatch Workshop.

Overwatch boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Terima kasih, PC Gamer.

JomKomen!