in ,

Dah Boleh Download Sekarang, Call of Duty: WWII Kini Percuma Untuk PlayStation Plus

Ya benar, satu lagi game telah ditambah ke dalam senarai game percuma untuk pelanggan PlayStation Plus.

Game tersebut ialah Call of Duty: WWII, dan korang sudah boleh muat-turunnya sekarang melalui pautan ini, atau cari sahaja di PlayStation Store di PS4.

Bermakna, pada ketika artikel ini ditulis, tiga buah game disenaraikan percuma dalam langganan PS Plus iaitu Farming Simulator, Cities: Skylines dan yang terbaharu, Call of Duty: WWII.

Berbeza dengan tawaran percuma Farming Simulator dan Cities: Skylines yang akan berakhir pada 1 Jun, Call of Duty: WWII pula akan boleh diambil secara percuma hingga 6 Julai ini.

Pihak PlayStation Asia berkata yang mereka akan berkongsikan info lanjut tentang senarai game percuma baharu untuk bulan Jun dalam minggu ini juga.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Boleh Jadi The Witcher Seterusnya Akan Fokus Kepada Kisah Ciri, Acah Penulis CD Projekt Red

Boleh Jadi The Witcher Seterusnya Akan Fokus Kepada Kisah Ciri, Acah Penulis CD Projekt Red

Saksikan 23 Minit Video Tutorial Demo No Straight Roads - Belajar Gerakan-Gerakan Asas

Wan Hazmer Umum No Straight Roads Ditunda Ke Satu Tarikh Yang Masih Belum Ditentukan