Cyberpunk Versi China? Ya, Tencent Sedang Bangunkan Game Open-World FPS Ini

Apa ingat CD Projekt Red saja yang sedang bangunkan game open-world first-person shooter bertemakan cyberpunk? Penerbit gergasi dari China, Tencent juga ada perancangannya sendiri.

Tencent telah memperlihatkan satu demonstrasi teknikal, digelar SYN, untuk sebuah game yang sedang mereka bangunkan untuk pasaran global di platform PC dan konsol. Jom saksikan trailer untuk demo ini:

Menurut Tencent, apa yang kita lihat dalam video ini bukanlah hasil akhir. Mereka akan cuba untuk memperbaiki pelbagai aspek seperti tahap seni, grafik real-time dalam dunia bertemakan cyberpunk.

Mereka akan bekerjasama dengan Epic Games, melalui penggunaan Unreal Engine, bagi menyajikan karakter yang realistik, customizations yang bermacam, efek rambut, dan open-world yang luas.

Apa pandangan korang selepas melihat video demo pendek ini daripada Tencent? Kongsikan di ruangan komen.

Sumber: Gematsu

JomKomen!