in , ,

Cyberpunk: Edgerunners Akan Diperlihatkan Dalam Netflix Geeked Week 2022, Ini 2 Video Teaser

Netflix telah mengumumkan Geeked Week 2022, iaitu sebuah acara yang akan memperlihatkan banyak filem dan siri, live-action dan animasi, yang berkaitan “geek”.

Geeked Week 2022 akan berlangsung dari 6 hingga 10 Jun secara maya. Setiap hari, Netflix akan berkongsikan berita-berita baharu, trailer, pandang pertama serta panel bualan yang merangkumi 60 projek yang sedang mereka bangunkan.

Dalam trailer yang dikeluarkan untuk mempromosikan acara tersebut, antara kandungan yang kita dapat lihat adalah Cyberpunk: Edgerunners. Bermakna, siri animasi yang sudah sekian lama menyepi ini bakal diperlihatkan buat kali pertama dalam acara bulan depan itu.

Akaun media sosial rasmi Cyberpunk: Edgerunners juga pada ketika ini sudah mengacah dengan dua video yang kurang daripada 10 saat. Boleh saksikannya di bawah:

Dalam pembikinan oleh CD Projekt Red dengan kerjasama Netflix dan Studio Trigger, Cyberpunk: Edgerunners merupakan siri anime yang akan menggunakan dunia dari Cyberpunk 2077 — diumumkan pertama kali pada Jun 2020, beberapa bulan sebelum pelancaran Cyberpunk 2077 lagi.

Setakat yang diumumkan sebelum ini, siri anime original Netflix ini dijadualkan akan mula ditayangkan di platform streaming itu pada 2022. Anime yang akan membawakan 10 episod itu tidak akan mempunyai jalan cerita yang bersambung dari game tersebut, namun ia akan tetap menggunakan latar belakang yang sama.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fall Guys Beralih Ke Model Percuma, Dilancarkan Ke Switch, Xbox, Epic Games Store 21 Jun

CEO Take-Two Puji FIFA, Tapi Tak Mahu Bincang Tentang Lesen Itu Selepas Berpisah Dengan EA