in , , ,

Cyberpunk 2077, The Witcher 3 Versi Konsol Generasi Terkini Ditunda Ke Awal 2022

Awal bulan lalu, CD Projekt Red ada menyatakan yang mereka masih lagi menyasarkan versi konsol generasi terkini untuk Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3: Wild Hunt akan dilancarkan pada tahun 2021, namun mereka tidak dapat janji.

Terbaharu, seperti yang dijangka, CDPR telah mengumumkan penundaan tarikh pelancaran untuk kedua-dua game itu untuk versi PS5 dan Xbox Series.

Untuk Cyberpunk 2077, mereka menyasarkan pelancaran pada suku pertama 2022, manakala The Witcher 3: Wild Hunt pula disasarkan pada suku kedua 2022.

Kepada mereka yang sudah membeli Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3: Wild Hunt di PC, PS4 dan Xbox One, kemaskini versi generasi terkini ini akan diberikan secara percuma.

Buat masa ini, Cyberpunk 2077 dan The Witcher 3 boleh saja dimainkan di PS5 dan Xbox Series, namun hanya dalam versi generasi lalu (PS4/Xbox One).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

God of War Diumumkan Untuk PC, Tiba Ke Steam, Epic Games Store Pada Januari 2022

Selepas Lebih Sedekad, Ini Trailer Pertama Filem Uncharted – Nate Terjatuh Dari Kapal Terbang