in , ,

Cyberpunk 2077 Terjual Hampir 14 Juta Unit, Hanya 30 Ribu Unit Wang Dikembalikan

Lebih empat bulan selepas pelancaran Cyberpunk 2077 yang menimbulkan malapetaka, CD Projekt Red telah mendedahkan beberapa butiran tentang situasi jualan dan pengembalian wang yang dimohon oleh para pemain.

Ketua Pegawai Kewangan CDPR, Piotr Nielubowicz, dalam laporan kewangan terbaharu, mendedahkan Cyberpunk 2077 telah terjual sebanyak 13.7 juta unit, dan syarikat itu hanya meluluskan 30,000 unit untuk pengembalian wang kepada para pemain.

Harus diingat, jumlah 30,000 ribu ini hanya yang diluluskan terus oleh CDPR. Ia tidak termasuk bilangan yang diluluskan oleh Sony dan Microsoft.

Dua minggu selepas pelancaran, Sony bukan sahaja menyediakan kemudahan untuk memohon pengembalian wang untuk game open-world futuristik ini, malah turut membuangnya dari PlayStation Store — sehingga kini Cyberpunk 2077 masih belum masuk semula ke platform tersebut.

Laporan kewangan terbaharu itu penuh dengan jargon-jargon dan nombor-nombor berkaitan kewangan. Namun, daripada Ars Technica, kita dapat ketahui berapakah kerugian sebenar yang perlu ditanggung CDPR terhadap segala bencana ini.

CDPR nampaknya terpaksa menanggung kerugian sebanyak USD51.2 juta (sekitar RM210 juta) hasil daripada pengembalian wang untuk kedua-dua versi digital dan disk fizikal Cyberpunk 2077, serta jangkaan untuk permohonan pengembalian wang yang akan berterusan sepanjang 2021.

Nilai kerugian itu mungkin kelihatan agak besar. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan berapa banyak pendapatan dan keuntungan yang CDPR peroleh sepanjang 2020, kerugian itu mungkin kelihat tidaklah terlalu besar.

Pada tahun 2020, CDPR berjaya memperoleh pendapatan jualan sebanyak USD563 juta (sekitar RM2.3 billion) serta menjana untung bersih sebanyak USD301 juta (sekitar RM1.2 billion). Tentunya, semua wang diperoleh ini sebahagian besarnya dibantu oleh jualan Cyberpunk 2077.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Bekerjasama Dengan Bekas Pembangun Destiny Untuk Game Online Multiplayer Eksklusif Baru

Pemain Football Manager 2021 Buat Simulasi 25 Tahun Jika European Super League Dijalankan