in , , , ,

Cyberpunk 2077 Takkan Naikkan Harga Untuk Versi PS5 Dan Xbox Series X

Gamer sudah mula risau dengan kenaikan harga untuk beberapa game untuk konsol generasi akan datang, antaranya NBA 2K21 dan Call of Duty: Black Ops Cold War.

Walau bagaimanapun, peminat game futuristik akan datang, Cyberpunk 2077 boleh menarik nafas lega apabila CD Projekt Red telah mengumumkan yang harga game tersebut untuk PS5 dan Xbox Series adalah sama dengan PS4 dan Xbox One.

Berita ini didedahkan oleh eksekutif CDPR, Michal Nowakowski ketika syarikat itu membentangkan laporan terkini kepada pelabur.

“Untuk USD, kami umumkan pra-tempah pada harga 60 USD dan semestinya kami akan mengekalkan harga tersebut untuk pengguna,” kata Nowakowski. “Kami tidak akan menukarnya pada saat akhir kepada 70 USD [sekitar RM290]. Jadi untuk mengesahkannya — harga-harga ini sudahpun berada di pasaran; kamu boleh semak di beberapa laman: 59.99 USD dan 69.99 EUR adalah apa yang kami tawarkan.”

CDPR juga pada Jun lalu telahpun mengumumkan yang pemain yang membeli Cyberpunk 2077 di PS4/Xbox One akan mendapat naiktaraf kepada versi PS5/Xbox Series X secara percuma. Korang boleh baca sini untuk dapatkan butiran lanjut tentang program naiktaraf ini. Malah, beberapa hari lepas, mereka turut mengumumkan naiktaraf percuma yang sama untuk The Witcher 3: Wild Hunt.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Semua 9 Unsur Dan Budaya Malaysia Yang Dibawa Masuk Dalam No Straight Roads

Semua 10 Unsur Dan Budaya Malaysia Yang Dibawa Masuk Dalam No Straight Roads

Sony Masih Membisu Tentang PS5, Minggu Ini Akan Fokus PS VR

Sony Masih Membisu Tentang PS5, Minggu Ini Akan Fokus Kepada PS VR