Sejak Cyberpunk 2077 diumumkan, CD Projekt Red hanya berkongsikan gameplay yang diambil dari PC. Menjelang pelancarannya pada bulan hadapan, mereka telah memperlihatkan gameplay game tersebut dari konsol buat kali pertama.
Gameplay pertama Cyberpunk 2077 dari Xbox One X dan Xbox Series X telah diperlihatkan dan korang boleh tonton video berdurasi 10 minit itu di bawah:
Menurut Push Square, gameplay dari platform PlayStation, kemungkinan besar PS4 Pro dan PS5, akan diperlihatkan dalam masa terdekat. Tentunya, ia tidak akan jauh beza dengan apa yang dipaparkan dari platform Xbox seperti di atas.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk Xbox One, Xbox Series X, Xbox Series S, PS4, PS5, PC dan Stadia pada 10 Disember ini.
Comments
Loading…