in , , , , ,

Cyberpunk 2077 Mungkin Akan Menampilkan Photo Mode – CDPR Mula Mengacah Sesuatu

Penulis masih teringat ketika bermain The Witcher 3, melihatkan dunianya yang sungguh indah, penulis sentiasa mengidamkan agar game tersebut mempunyai Photo Mode.

Kini, pembangun The Witcher 3, CD Projekt Red sedang sibuk membangunkan Cyberpunk 2077. Setelah memperlihatkan dunia futuristik yang cukup cantik dalam Cyberpunk 2077, soalan sama suatu ketika dulu muncul kembali — apakah game ini akan ada Photo Mode?

Cita-cita kita semua ini mungkin akan menjadi kenyataan, kalau tafsiran berdasarkan satu tweet acah yang dikeluarkan oleh CDPR untuk Cyberpunk 2077 adalah tepat. Meletakkan hashtag “#CaptureCyberpunk #PhotosFromNightCity” serta memuatnaik video acah yang terdapat logo kamera membuatkan kita merasakan bahawa Cyberpunk 2077 akan menampilkan Photo Mode.

Sama-samalah kita nantikan apakah makna sebenar daripada tweet acah ini.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PS4 Dilaporkan Akan Menamatkan Sokongan Terhadap Facebook Tidak Lama Lagi

Rasmi! PS4 Hentikan Sokongan Fungsi Perkongsian Video & Screenshot Terus Ke Facebook

Sony Secara Rasminya Umumkan PS5, Bakal Dilancarkan Hujung Tahun 2020, Controller Teknologi Baru Diperkenalkan