Setelah dilancarkan pada Oktober lalu, Red Dead Redemption 2 dijangka bakal merangkul pelbagai anugerah dalam majlis-majlis anugerah industri gaming dalam masa terdekat.
Selain mendapat pujian yang melambung tinggi dari para pemain dan pengkritik, game keluaran Rockstar itu turut mendapat jualan yang amat memberangsangkan — sehingga mengalahkan rekod kutipan untuk filem-filem Hollywood.
JomBaca: Red Dead Redemption 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?
Terbaru, RDR2 kini menjadi penanda aras untuk satu lagi game akan datang yang sangat dinantikan ramai, iaitu Cyberpunk 2077.
Dalam laporan kepada para pelabur, memetik laporan DualShockers, CEO CD Projekt Red, Adam Kiciński telah ditanyakan tentang kualiti dan kehalusan Cyberpunk 2077, secara spesifiknya membandingkannya dengan RDR2.
“Tanpa keraguan, kualiti ialah perkara paling penting,” kata Kiciński, sambil menyambung bahawa syarikat itu berusaha “untuk menerbitkan game-game yang sehebat Red Dead Redemption 2, dan beberapa keluaran terbaru Rockstar secara umumnya.”
“Red Dead Redemption 2 adalah sangat mantap, kami sangat memujinya. Reviu tinggi, jualan mantap,” tambah Kiciński lagi.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, namun tarikh pelancaran masih belum lagi diumumkan.
Comments
Loading…