Menampilkan photo mode kini seumpama fungsi yang wajib untuk game-game AAA masakini, dan CD Projekt Red juga tidak mahu ketinggalan dalam membawakan fungsi ini dalam game open-world akan datang mereka.
Daripada trailer berdurasi 2 minit yang diperlihatkan, kita dapat saksikan yang fungsi-fungsi yang terdapat dalam photo mode ini kelak agak menarik. Boleh bermain dengan sudut kamera, pilihan beberapa efek, menambah pelbagai sticker dan lain-lain.
Korang boleh saksikannya di bawah.
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk Xbox One, Xbox Series X, Xbox Series S, PS4, PS5, PC dan Stadia pada 10 Disember ini.
Comments
Loading…