in , , , ,

Cyberpunk 2077 Kini Merupakan Game Digital Terlaris Dalam Sejarah Gaming

Firma penganalisis industri gaming, SuperData telahh mengeluarkan satu kajian terbaharu mengenai pasaran game digital global.

Antara butiran menarik yang didedahkan melalui analisis ini adalah tentang game keluaran CD Projekt Red yang penuh kontroversi sejak hari pertama pelancaran, Cyberpunk 2077.

Menurut SuperData, Cyberpunk 2077 kini merupakan game terbesar dari segi pendapatan digital dan bilangan unit yang terjual iaitu 10.2 juta unit.

Dalam kata lain, game futuristik open-world itu adalah game digital paling laris berdasarkan pendapatan dan jualan unit dalam sejarah gaming.

SuperData turut menyatakan yang jumlah anggaran jualan sebanyak 10.2 juta unit itu termasuk unit yang telah dikembalikan wangnya (refund). Walau bagaimanapun, menurut SuperData lagi, pengembalian wang sebenarnya tidak terlalu memberikan kesan besar kepada jumlah jualan game tersebut.

“Kempen pemasaran yang berjaya dan reputasi The Witcher 3: Wild Hunt memberikan keterujaan yang diperlukan untuk game CD Projekt Red itu untuk memecahkan rekod walaupun pelbagai isu termasuk masalah prestasi di konsol, glitch yang banyak dan pembuangan game itu dari PlayStation Store yang masih tidak tahu bila akan kembali,” kata SuperData.

Kajian ini turut mendedahkan bahawa peratusan jualan digital Cyberpunk 2077 di PC adalah sangat tinggi (80%) — tentunya disebabkan pembuangan game itu dari PS Store serta bermacam masalah yang timbul di konsol.

Baru-baru ini, ikon industri gaming yang juga Presiden Valve, Gabe Newell telah mempertahankan dan bersimpati dengan apa yang berlaku kepada CD Projekt berkait Cyberpunk 2077.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Beli FIFA 21 Di PS4, Dapat Naiktaraf Percuma Ke PS5 - Akan Dilancarkan Pada Oktober

Peminat Mempertikaikan Kenapa Mbappe Ada Dalam FIFA 21 TOTY – Sebab Bintang Muka Depan?

Star Wars: Knights of the Old Republic Dilaporkan Sedang Dibangunkan, Tapi EA, BioWare Tak Terlibat