Hampir 2 tahun selepas pelancarannya yang penuh dengan kontroversi, Cyberpunk 2077 kini berjaya menarik kembali lebih daripada 1 juta pemain sejak update terbaru dikeluarkan.
“Setiap hari pada minggu ini Night City dikunjungi 1 juta pemain tidak kira pemain baru dan lama.” Akaun rasmi Twitter Cyberpunk 2077 mendedahkannya dalam satu post.
Peningkatan jumlah pemain terletak pada platform Steam secara spesifiknya. Menurut Steamcharts, jumlah pemain sedia ada telah meningkat berganda sejak beberapa bulan lepas. Dari 10,411 pada bulan Ogos ke 22,911 selama 30 hari lepas. Kini, ia terus meningkat lagi dari 18,695 ke 89,387 pada 30 hari lepas.
Namun, jumlah itu masih tidak boleh dibandingkan semasa Cyberpunk 2077 dilancarkan. Di mana jumlah pemain pada Disember 2020 di PC adalah 332,395 dan terus naik sehingga 830,000. Ia masih merupakan prestasi Cyberpunk 2077 terbaik sejak Februari 2021.

Jumlah pemain mula naik sejak awal bulan September apabila CD Projekt RED mengeluarkan update 1.6 Edgerunners. Update tersebut mengemaskini dan memperbaiki banyak isu yang dihadapi dalam game tersebut.

Selain update yang dikeluarkan, salah satu sebab berlaku peningkatan pemain adalah Cyberpunk: Edgerunners. Sebuah siri anime adaptasi Netflix yang sedang hangat sekarang.
Ini bukanlah kali pertama CD Projekt RED melakukan siri adaptasi Netflix. Game The Witcher 3: Wild Hunt juga pernah menerima siri adaptasi Netflix. Hasilnya berlaku peningkatan pemain seramai 100,000 pemain di Steam.
Comments
Loading…