in , , ,

Cyberpunk 2077 Kembali Ke PlayStation Store Minggu Depan, Sony Sarankan Main Di PS5, PS4 Pro

Setelah lebih daripada enam bulan Cyberpunk 2077 dibuang dari PlayStation Store, Sony dan CD Projekt Red akhirnya telah mencapai kata putus bagi pelancaran semula game open-world itu ke platform tersebut.

CD Projekt Red dalam satu kenyataan telah mengumumkan yang Cyberpunk 2077 akan kembali dipasarkan di PlayStation Store pada 21 Jun 2021. Tiada sebarang komen lanjut tentang perkara tersebut selain hanya tarikh itu.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada IGN, Sony telah memberikan sedikit pencerahan berupa amaran dan saranan.

“SIE boleh mengesahkan bahawa Cyberpunk 2077 akan disenaraikan semula di PlayStation Store bermula 21 Jun 2021,” ujar Sony. “Para pengguna akan terus mengalami isu prestasi dengan edisi PS4 sementara CD Projekt Red akan terus memperbaiki stabiliti merentasi semua platform. SIE menyarankan memainkan game ini di PS4 Pro atau PS5 untuk pengalaman terbaik.”

Disember lalu, setelah pelancarannya di konsol begitu teruk yang penuh dengan glitch, Sony telah menyediakan laman khas untuk mengembalikan semula wang pemain secara penuh (full refund), sekaligus membuang game itu dari PS Store dan tidak membenarkan pemain-pemain baharu untuk membelinya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Baharu Sifu, Gameplay Pertempuran Brutal Di Kelab Malam

Nintendo Memperlihatkan Trailer Baharu Sekuel Legend of Zelda: Breath of the Wild, Masih Rahsiakan Judul Penuhnya