Tengah malam tadi, CD Projekt Red telah mengadakan episod kedua untuk Night City Wire, iaitu acara digital yang berkongsikan bermacam kandungan baharu yang akan ditampilkan ke dalam game open-world mereka akan datang, Cyberpunk 2077.
Daripada livestream yang berlangsung kira-kira 25 minit itu, terdapat tiga trailer utama yang diperlihatkan.
Trailer pertama ialah cerita di balik tabir bagaimana mereka menghidupkan sebuah kumpulan rock dalam game itu, digelar SAMURAI, yang menampilkan Johnny Silverhand sebagai vokalis, iaitu karakter yang mengimbas 3D wajah Keanu Reeves. Video ini memaparkan bagaimana CDPR bekerjasama dengan kumpulan rock dari Sweden, Refused dalam menghasilkan lagu-lagu rock untuk Cyberpunk 2077.
Trailer kedua pula memperkenalkan kepada para pemain tentang Lifepaths yang akan boleh pemain pilih ketika awal permainan game ini kelak. Lifepaths ialah kisah silam yang pernah dilalui oleh karakter utamanya, V. Pemain akan diberi pilihan untuk memilih daripada tiga kisah Lifepaths — iaitu Corpo, Nomad, atau Street Kid. Setiap Lifepaths akan menyajikan kisah silam dan pembawaan watak yang berbeza untuk meneruskan game ini.
Akhir sekali, trailer ketiga pula boleh dikatakan lebih ringkas. CDPR memperlihatkan beberapa senjata api dan senjata tajam yang terdapat dalam Cyberpunk 2077. Antaranya ialah Tsunami Nekomata, Thermal Katana, Projectile Launch System dan banyak lagi.
Korang boleh tonton acara Night City Wire: Episode 2 secara penuh melalui video di bawah:
Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.
Comments
Loading…