in , , , ,

Cyberpunk 2077 Ditunda Sekali Lagi, Kini Akan Dilancarkan Pada Disember

Di kala kita semua benar-benar merasakan yang game futuristik ini akan dilancarkan akhirnya, ia sekali lagi ditunda… buat kali yang ketiga.

CD Projekt Red telah mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Cyberpunk 2077 telah ditunda lagi — yang mana ia tidak lagi akan dilancarkan pada 19 November, sebaliknya kini akan dilancarkan pada 10 Disember 2020.

Dalam pengumuman yang dikeluarkan, CDPR pertama-tama sekali mengucapkan permohonan maaf atas penundaan ini. Kemudian, barulah mereka menjelaskan apakah faktor yang membawa kepada pertukaran tarikh pelancaran itu sekali lagi.

Mereka mengatakan bahawa cabaran terbesar ialah untuk menyediakan, mencuba dan melancarkan game ini serentak di 9 platform iaitu Xbox One, Xbox One X, Xbox Series X, Xbox Series S, PS4, PS4 Pro, PS5, PC dan Stadia dalam masa sama terpaksa bekerja dari rumah.

“Kami sedar yang ia mungkin tidak realistik apabila ada yang mengatakan 21 hari tambahan boleh memberikan perbezaan yang ketara untuk sebuah game yang besar dan kompleks, tapi sebenarnya memang boleh,” kata CD Projekt Red.

Mereka turut memberi komen tentang game ini yang sudah “gone gold” sebelum ini. Kata mereka, walaupun game ini sudah siap dan bersedia untuk dilancarkan, ia tidaklah menghalang mereka untuk meningkatkan kualiti game ini.

CD Projekt Red menutup kenyataan ini dengan mengatakan di sebalik setiap keputusan yang sukar ini, maklamat utamanya adalah membawakan kepada pemain untuk mendapat sebuah video game yang kamu sukakan kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bloodstained: Ritual Of The Night Akan Hadir Ke Android Dan iOS

Netflix Dan Ubisoft Umum Kerjasama Untuk Bikin Siri Live-Action, Anime Assassin’s Creed