Cyberpunk 2077, sebuah game RPG open-world bertemakan futuristik yang sedang dibangunkan CD Projekt Red kini telah ditunda tarikh pelancarannya sekali lagi.
Sepatutnya dijadualkan dilancarkan pada 17 September ini, kini tarikh pelancaran Cyberpunk 2077 telah ditukar ke 19 November 2020.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, CDPR berkata, “Kamu semua yang biasa dengan cara kami membikin game tahu bahawa kami tidak akan mengeluarkan sesuatu yang belum bersedia.”
Mereka turut mendedahkan bahawa pada ketika ini, dari segi kandungan dan gameplay — seperti quest, cutscenes, skills, dan items — segalanya sudah lengkap. Namun, disebabkan betapa kompleksnya game ini, mereka ingin melihat semula segala aspek dalam game dengan lebih menyeluruh, seperti menyeimbangkan mekanisme dan memperbaiki beberapa bug.
Korang boleh baca kenyataan penuh CDPR di bawah:
Sekali lagi, Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.
Comments
Loading…