in , , , ,

Cyberpunk 2077 Dilaporkan Ditunda Kerana PS4 Dan Xbox One Tidak Cukup Berkuasa

Minggu lalu, CD Projekt Red telah mengumumkan penundaan tarikh pelancaran Cyberpunk 2077 ke September 2020.

Dalam kenyataan tersebut, mereka mendedahkan bahawa pada ketika ini, game tersebut sudah pun siap dan boleh dimainkan, tapi ada beberapa perkara lain yang mereka ingin usahakan. Antaranya ialah untuk melengkapkan playtest, memperbaiki, dan menggilap lagi.

Mungkin itu adalah salah satu faktor penundaan. Namun, antara faktor lain penundaan didedahkan oleh seorang insider dari Poland, Borys Niespielak mengatakan bahawa konsol generasi masakini, iaitu PS4 dan Xbox One, tidak cukup berkuasa untuk memainkan Cyberpunk 2077 dengan baik. Beliau menambah bahawa game itu “sangat tidak memuaskan” apabila dimainkan di Xbox One.

Katanya lagi, rancangan awal CDPR adalah sekiranya mereka tidak berjaya menyelesaikan isu dengan konsol tersebut sebelum Januari 2020, tarikh pelancarannya akan ditunda.

Sekiranya korang masih ingat, walaupun The Witcher 3: Wild Hunt mendapat pujian yang amat positif, namun game itu juga mengalami downgrade jika dibandingkan dengan apa yang mereka pernah paparkan sebelum ia dilancarkan. Dengan alasan yang sama, downgrade itu terpaksa dilakukan kerana konsol pada ketika itu juga tidak cukup berkuasa untuk memainkan kualiti yang mereka ingin hidangkan. Semestinya CDPR tidak mahu mengulangi kesilapan itu lagi.

Sama-samalah kita berdoa agar segala penggilapan terakhir Cyberpunk 2077 akan berjalan lancar.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

Sumber: AltChar

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Netflix Umumkan Filem Anime ‘The Witcher: Nightmare of the Wolf’, Berkait Dengan Siri TV

Overcooked 2 Bawakan DLC Bertemakan Tahun Baru Cina, Ada Chef Tikus Di Dapur

Overcooked 2 Bawakan DLC Bertemakan Tahun Baru Cina, Ada Chef Tikus Di Dapur