Cyberpunk 2077 sememangnya salah satu game AAA yang paling dinantikan pada saat ini. Namun, keputusan CD Projekt Red yang didedahkan beberapa hari lalu untuk membawakan pandangan first-person sepenuhnya dalam game ini mengundang ketidakselesaan sesetengah peminat.

Maka, Ketua Komuniti Global syarikat tersebut, Marcin Momot telah mengeluarkan satu rantaian tweet yang menjelaskan bagaimana pandangan first-person akan membantu dalam penyampaian cerita dalam Cyberpunk 2077. Kata beliau:

“Mencapai pengalaman penuh dalam pandangan first-person adalah sangat penting dan keputusan yang dibuat oleh pasukan kami untuk membawakan 100% first-person dalam Cyberpunk 2077 adalah sesuatu yang akan memberikan kebaikan yang banyak dari sudut gameplay dan perspektif penyampaian cerita.”

Dalam tweet seterusnya, Momot turut mendedahkan beberapa bahagian dalam game yang akan memperlihatkan karakter (bentuk badan dan pakaian), antaranya — skrin inventori, babak memandu, ketika melihat cermin, dan kadang-kala dalam beberapa cutscenes.

Jadi, apa pandangan korang? Masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan CD Projekt Red ini?

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!