in , , ,

Cyberpunk 2077: CDPR Akui Tak Luangkan Masa Secukupnya Untuk Versi PS4, Xbox One

Semakin lama kita semakin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir tentang pembangunan Cyberpunk 2077 yang membawa kepada kecaman teruk yang sedang melanda kini.

Menurut laporan VG247, CD Projekt Red telah mengadakan pertemuan kecemasan dengan para pelabur bagi menjelaskan apakah yang sedang berlaku melalui kecaman yang diterima terhadap Cyberpunk 2077 versi PS4 dan Xbox One.

Para pelabur telah menanyakan kepada pimpinan CDPR sama ada terdapat tekanan untuk melancarkan kesemua versi pada tarikh yang sama, atau sama ada pembangun hanya mengambil mudah dan memandang rendah terhadap jumlah kerja yang diperlukan untuk mempersiapkan versi PS4 dan Xbox One.

Wakil CDPR, Michal Nowakowski menjawab bahawa mereka lebih kepada terlalu melihat prestasi PC dan konsol generasi seterusnya berbanding konsol generasi yang lama.

“Kami sememangnya tidak meluangkan masa secukupnya untuk melihat perkara itu,” ujar Nowakowski. “Saya tak mahu katakan yang ada tekanan luaran atau dalaman untuk melancarkannya pada tarikh tersebut — selain hanyalah tekanan normal, yang mana lazim untuk mana-mana pelancaran. Jadi itu bukanlah puncanya.”

Apabila ditanyakan lebih lanjut tentang bagaimana game ini berjaya lulus proses pensijilan yang disediakan oleh Microsoft dan Sony, yang dilakukan bagi mengelakkan perkara-perkara buruk seperti ini terjadi, beliau menjawab:

“Dari segi proses pensijilan dan pihak-pihak ketiga ini — itu tentunya adalah kesilapan kami,” akui beliau. “Saya hanya boleh menganggap bahawa mereka mempercayai kami akan memperbaiki perkara-perkara ini menjelang pelancaran, dan nampaknya ia tidak seperti apa yang kami rancangkan.”

Dalam kenyataan permohonan maaf terbuka kelmarin, CDPR berjanji mereka akan terus memperbaiki dan menambahbaik game futuristik itu di kedua-dua konsol yang penuh isu itu. Kemaskini kecil akan dikeluarkan terlebih dulu pada minggu hadapan, manakala kemaskini yang lebih besar akan dilancarkan pada Januari dan Februari.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Bawakan Mode Waktu Terhad Seumpama Among Us – The Spy Within

Ini 10 Game Paling Popular Untuk Fotografi Maya Sepanjang 10 Tahun Lalu