in , , , ,

Cyberpunk 2077: CD Projekt RED “Sedar” Tentang Maklumbalas Ramai Yang Tak Sukakan Pandangan First-Person

Semalam, CD Projekt RED telah secara rasminya mengeluarkan video gameplay untuk game mereka akan datang, Cyberpunk 2077.

Pendedahan gameplay yang berdurasi 48 minit itu menerima maklumbalas yang bercampuk-aduk. Ada yang sukakannya memandangkan ia memperkenalkan open-world yang cukup indah, namun ada juga yang tak berapa nak berkenan kerana menggunakan pandangan first-person.

Melalui pemerhatian kami, rata-rata agak terkejut (walaupun sudah lama didedahkan) dengan penggunaan first-person kerana studio pembangun ini cukup popular dengan hasil karya mereka, iaitu siri The Witcher, yang menggunakan pandangan third-person.

Memberikan komen tentang perkara ini, Quest Designer untuk game ini, Patrick Mills telah mengatakan yang mereka di CD Projekt RED sedar tentang segelintir pemain yang tidak gemarkan pendekatan pandangan first-person yang mereka bawakan ke dalam Cyberpunk 2077.

“Kami tegas dalam keputusan itu. Walau bagaimanapun, kami menyedari yang ramai tidak sukakan first-person, dan ada sebilangan kecil individu yang tidak boleh bermain dalam first-person kerana pelbagai sebab,” kata Mills kepada DualShockers.

Beliau meneruskan dengan mengatakan yang pasukan mereka sedang melihat untuk menawarkan beberapa opsyen difficulty dan opsyen kebolehderiaan (sensibility) dengan harapan boleh memberikan Cyberpunk 2077 dalam pandangan first-person yang sebahagian mereka suka, atau sesuatu yang mereka boleh mainkan.

Walaupun CD Projekt RED tetap dengan pilihan ini, mereka mahu game ini boleh dinikmati oleh seramai yang boleh.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, namun tarikh pelancaran masih belum lagi diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Onimusha: Warlords Versi Remastered Diumumkan Untuk PC, PS4, Xbox One Dan Switch!

Marvel’s Spider-Man Di PS4 Boleh Dihabiskan Dalam Masa 20 Jam, 45GB Ruang Diperlukan