Sebelum ini, CD Projekt Red sendiri pun masih belum dapat kepastian sama ada pasukan mereka akan membawakan mode multiplayer ataupun tidak dalam Cyberpunk 2077.

Terkini, mereka telah mengesahkan bahawa mode multiplayer untuk game futuristik itu sedang dalam pembangunan. Namun, mode tersebut tidak akan ditampilkan semasa pelancaran game ini pada April kelak, sebaliknya akan menambahnya dalam kemaskini pada kemudian.

CD Projekt Red mengumumkan perkara ini dalam satu tweet, yang mana ia sebenarnya mengumumkan serta ingin mempromosikan beberapa jawatan kosong yang perlu diisi bagi menjayakan projek multiplayer tersebut.

Mereka menyatakan lagi bahawa fokus mereka pada ketika ini masih lagi untuk menyampaikan game penuh Cyberpunk 2077 terlebih dahulu, diikuti dengan beberapa kandungan tambahan (DLC) percuma dan kandungan single-player — kemudian selepas semua itu selesai barulah mereka akan menyajikan aksi multiplayer.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!