in , , , ,

Cyberpunk 2077 Akan Menyokong Backward Compatibility Dan Naiktaraf Secara Percuma Antara PS4 Dan PS5

Jangan gusar kalau nak beli Cyberpunk 2077 di PS4 kerana CD Projekt Red bakal menyediakan bermacam program untuk berpindah denga mudah ke PS5 kelak apabila game itu dilancarkan pula ke konsol generasi akan datang itu.

CDPR telah mengumumkan bahawa Cyberpunk 2077 akan menyokong kedua-dua fungsi backward compatibility dan program naiktaraf versi secara percuma.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, mereka telah mengesahkan yang Cyberpunk 2077 versi PS4 dan Xbox One masing-masing akan boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series X pada hari pertama kedua-dua konsol generasi akan datang itu dilancarkan kelak. Sokongan ini termasuklah kedua-dua versi digital dan disk fizikal.

Malah, apabila Cyberpunk 2077 dilancarkan ke PS5 dan Xbox Series X (versi sebenar konsol generasi seterusnya), para pemain yang telah membeli di konsol generasi masakini akan mendapat penaiktarafan secara percuma. Kata CDPR, versi generasi akan datang ini akan menggunakan sepenuhnya kelebihan yang ada di konsol itu.

Pastinya konsep yang bakal digunakan CDPR ini adalah sama dengan apa yang digunakan EA Sports untuk FIFA 21.

Open World Dalam Cyberpunk 2077 Akan Lebih Kecil Berbanding The Witcher 3, Tapi Lebih Padat

Dalam memahami game-game yang dimainkan antara PS4 dan PS5, ada dua konsep atau program yang perlu korang tahu — iaitu backward compatibility dan naiktaraf versi.

Backward compatibility ialah satu fungsi di mana game-game PS4 boleh dimainkan di dalam sistem PS5. Sesuatu game sekiranya menyokong fungsi ini, apa yang korang mainkan di PS4 dan apa yang korang mainkan di PS5 adalah satu game yang sama — yang membezakannya hanyalah ia dimainkan di sistem konsol yang berlainan, tapi segala aspek dalam game itu adalah serupa. Senang kata, PS5 ada keupayaan untuk bermain game PS4, sekiranya game itu menyokong fungsi backward compatibility.

Manakala untuk program naiktaraf versi secara percuma pula ialah sebuah program yang pembangun hadiahkan kepada para pemain. Sekiranya korang membeli game itu di PS4, maka korang akan dinaiktaraf ke versi PS5 secara percuma (apabila game itu dilancarkan kelak ke PS5). Versi berbeza ini tidak seperti backward compatibility yang penulis terangkan di atas. Versi PS4 dan versi PS5 adalah berbeza kerana versi PS5 akan membawakan pelbagai penambahbaikan seperti grafik lebih mantap, tempoh loading yang sangat singkat dan pelbagai aspek teknikal yang lebih baik — yang mana penambahbaikan ini hanya boleh dilakukan di konsol baharu itu.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
PES Mobile Akan Mendapat Kemaskini eFootball PES 2020 Pada Oktober Kelak

PES 2020 Mobile Catat 300 Juta Muat-Turun, Pelbagai Ganjaran Dalam Game Diumumkan

Microsoft Tutup Mixer, Umum Kerjasama Dengan Facebook Gaming, Ninja Boleh Kembali Ke Twitch

Microsoft Tutup Mixer, Umum Kerjasama Dengan Facebook Gaming, Ninja Boleh Kembali Ke Twitch