in , , , ,

Cyberpunk 2077 Akan Benarkan Pemain Ubahsuai Kemaluan Karakter, Menurut ESRB

Cyberpunk 2077 merupakan antara game AAA paling dinantikan pada tahun ini — sebuah game futuristik RPG yang dibangunkan CD Projekt Red.

Menjelang beberapa bulan sebelum pelancaran, badan yang memberikan rating kepada sesebuah game, Entertainment Software Ratings Board (ESRB) telah mengeluarkan rating untuk Cyberpunk 2077. Seperti dijangka, ia sememangnya sebuah game yang membawakan pelbagai kandungan dewasa.

Cyberpunk 2077 diletakkan sebagai mempunyai unsur-unsur berikut: Blood and Gore, Intense Violence, Nudity, Strong Language, Strong Sexual Content, Use of Drugs and Alcohol.

Kalau baca di laman ESRB untuk Cyberpunk 2077, ia akan menerangkan setiap unsur yang disebutkan di atas dengan lebih lenjut. Dan ada sesuatu yang mungkin bakal mengejutkan ramai, sesuatu yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana-mana game sebelum ini.

Selain pengubahsuaian karakter seumpama game-game lain, Cyberpunk 2077 dideskripsikan sebagai sebuah game yang akan membenarkan pemain mengubahsuai dada, punggung dan kemaluan, serta beberapa saiz dan kombinasi kemaluan.”

Kombinasi beberapa kemaluan? Hmm, aneh.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 17 September 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Ini Trailer Gameplay Assassin’s Creed Valhalla Yang Tiada Paparan Gameplay Langsung

Mirososft Turut Akui Livestream Gameplay Semasa Inside Xbox Semalam Yang Hambar

Mirososft Turut Akui Livestream ‘Gameplay’ Inside Xbox Tidak Seperti Yang Dijanjikan