in , , , ,

Cyberpunk 2077: Ada Easter Egg The Witcher 3 Dalam Prolog Awal

Ia pastinya sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Daripada studio pembangun yang sama, Cyberpunk 2077 turut mempunyai easter egg dari The Witcher 3.

Easter egg ini ditemui oleh Gamespot. Menurut mereka, prolog Cyberpunk 2077 akan memberikan para pemain dengan tiga pilihan jalan awal — iaitu sama ada Street Kid, Nomad, atau Corporate. Mereka telah mencuba ketiga-tiga “Life Paths” ini dan dalam ketika melalui jalan Corporate, mereka telah menemui satu easter egg dari The Witcher 3 yang agak menarik.

Sesampainya di satu lokasi, protagonis utama yang pemain akan kawal iaitu V, boleh membuka salah satu laci yang ada. Di dalam laci tersebut, ada satu majalah “masa dahulu” yang bertemakan retro gaming. Antara isi kandungan majalah ini ialah memaparkan tentang game terbaik untuk bulan itu — yang mana game tersebut ialah The Witcher 3: Wild Hunt. Majalah ini menampilkan Ciri sebagai bintang muka hadapan.

Tiada screenshot daripada majalah itu yang berjaya diambil oleh Gamespot kerana CD Projekt Red menjemput para media untuk mencuba previu tersebut, dan tidak membenarkan sebarang rakaman.

Jadi, kalau kita nak tengok easter egg ini, kenalah main sendiri Cyberpunk 2077 apabila dilancarkan untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia pada 19 November 2020, serta PS5 dan Xbox Series X pada satu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Last of Us 2 Kini Game Eksklusif PS4 Terpantas Terjual Dengan 4 Juta Unit Dalam 3 Hari

Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu

Dr Disrespect Akhirnya Keluarkan Kenyataan, Tapi Twitch Masih Membisu