Bertahun menantikannya, tetapi apabila dilancarkan, ia penuh dengan bug yang tidak menyenangkan. Tentunya ia mengundang kemarahan ramai pemain di PS4 dan Xbox One.
Cyberpunk 2077 dilancarkan untuk begitu banyak platform — PC, konsol generasi baharu, dan konsol generasi lama. Apa yang mengecewakan sekarang ialah game futuristik ini di konsol asal PS4 dan Xbox One adalah dalam kondisi yang sangat teruk. Lebih membimbangkan apabila bug yang muncul adalah tidak senonoh melibatkan anggota tubuh badan yang sensitif.
Menurut analisis yang dilakukan oleh Digital Foundry, resolusi dan prestasi Cyberpunk 2077 di PS4 boleh jatuh sehingga serendah 720p dan 15FPS.
Ramai pemain di platform Steam dan Xbox nampaknya sudah meminta untuk mengembalikan semula wang mereka (refund). Masalah yang dihadapi oleh pemain PS4 ialah Sony tidak mempunyai polisi refund di PlayStation Store.
Namun, menurut satu post di Reddit, seorang pemain ini mendedahkan yang dia telah berjaya mendapatkan refund untuk Cyberpunk 2077. Selepas menunggu lebih satu jam di talian, dia dapat bercakap dengan wakil Sony, dan akhirnya berjaya mendapatkan refund.
Wakil Sony itu juga memberitahu bahawa Sony telah menyampaikan aduan bisnes rasmi kepada CD Projekt Red atas pelancaran sebuah game yang mendapat kecaman teruk.
Di rungan komen post Reddit itu, ramai pula yang mengatakan permintaan untuk mendapatkan refund telah ditolak.
Para pemain juga telah meluahkan rasa marah mereka terhadap Cyberpunk 2077 dengan memberikan rating review yang rendah di Metacritic. Semasa artikel ini ditulis, Cyberpunk 2077 untuk PC mengumpulkan markah yang berikan oleh pengguna sebanyak 6.6 per 10, Xbox One (3.2) dan PS4 (2.6).
Macam mana pula dengan korang? Mainkan Cyberpunk 2077 di PS4 atau Xbox One? Ada jumpa banyak bug?
Comments
Loading…