in

Cukai 6% Akan Dikenakan Dalam PlayStation Store Malaysia Bermula 1 Januari 2020

Bermula tahun baharu kelak, iaitu pada 1 Januari 2020, Cukai Perkhidmatan Digital akan dikenakan kepada setiap pembelian yang dilakukan di PlayStation Store di Malaysia.

Cukai sebanyak 6 peratus akan dikenakan kepada setiap pembelian item atau apa-apa perkhidmatan. Paparan harga-harga baharu akan dikemaskini secara berperingkat dari 4 Januari hingga 6 Januari. Maka, akan terdapat sedikit perbezaan antara harga yang dipaparkan di menu PS Store dengan harga akhir semasa check-out dalam jangka waktu ini.

Walau bagaimanapun, harga langganan PlayStation Plus tidak berubah, dan setiap tambah nilai terhadap Wallet dalam akaun PS Store juga tidak dikenakan cukai ini.

Semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada November 2018 lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2020, kerajaan akan mengenakan cukai perkhidmatan digital kepada penyelia dari luar negara seperti Netflix, Spotify dan Steam. Pada ketika itu, tiada pengesahan tentang sama ada PlayStation Store juga akan dikenakan cukai ini atau tidak, sehinggalah PlayStation Asia umumkan kelmarin.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Mod Ini Bawakan Ellie Dari The Last of Us Ke Dalam Resident Evil 2

Mod Ini Bawakan Ellie Dari The Last of Us Ke Dalam Resident Evil 2

Paten Controller PS5 Terbaru Tambah 2 Butang Tambahan Di Belakang, Sama Macam Aksesori Baru Controller PS4

Paten Controller PS5 Terbaru Tambah 2 Butang Tambahan Di Belakang, Sama Macam Aksesori Baru Controller PS4