in , , , , , , ,

Ctrl+Alt Gaming 2018 – Pesta Raikan Komuniti Gaming Malaysia Di Universiti Sunway

Bersedia gamers, untuk pesta gaming khas buat kita semua!

Kalau korang ahli komuniti Guilty Gear Xrd REV 2, Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4, Dragon Ball FighterZ, Tekken 7, Splatoon 2, Nintendo, Pokémon, Touhou, Mobile Legends: Bang Bang, Monster Hunter, Hearthstone dan banyak lagi – bersedia untuk Ctrl+Alt Gaming 2018!

 

Pada 31 Mac – 1 April 2018 ini, Sunway e-Sports Club akan menganjurkan Ctrl+Alt Gaming 2018 (CAG2018) di Jeffrey Cheah Hall, Sunway University (Klik untuk lokasi). Pesta gaming yang dianjurkan bersama Games Fusion, MVP Mobile Arena, dan The MAGIC RAIN, dengan sokongan e-Sports Malaysia.

Korang yang bangga bernama ‘gamer’ boleh menyertai pesta gaming selama 2 hari ini dengan membeli tiket penyertaan 2 hari bernilai RM15. Korang juga boleh menyertai pertandingan anjuran komuniti dengan yuran penyertaan masing-masing.

Yang pastinya pesta ini akan meraikan gamers dari pelbagai latarbelakang gaming untuk berkumpul bersama dan berkongsi minat terhadap gaming. Khabarnya, kalau korang tak boleh turun ke pesta ini, korang juga boleh menyertai livestream acara dan pertandingan di Facebook Live nanti.

Aktiviti Gaming Buat Gamers

VR Lab Sunway akan menganjurkan sesi gaming virtual reality PERCUMA buat para hadirin.

Komuniti fighting game seperti komuniti Guilty Gear Xrd REV 2, Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4, Dragon Ball FighterZ, Tekken 7 boleh menyertai pertandingan bagi memenangi hadiah wang tunai.

Komuniti Monster Hunter juga boleh menyertai pelbagai pertandingan Monster Hunter: World dan memenangi pelbagai hadiah. Ayuh Hunters semuanya, jom tangkap resakse.

Komuniti Splatoon 2 boleh turun memeriahkan majlis dengan pertandingan dan hadiah untuk dimenangi.

Komuniti Pokémon GO, Pokémon UltraSun dan Pokémon UltraMoon juga boleh memburu, battle dan trade Pokémon korang bersama Pokémon Trainer yang lain. Gotta catch’em all!

Komuniti Mario Kart Deluxe boleh turun berlumba bersama kawan-kawan lalu jadi lawan. Haha. Pastikan jangan kena Bob-Omb, k.

Komuniti Hearthstone boleh lepak di Fireside Gathering dan juga menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang acara dua hari tersebut.

MVP Mobile Arena akan mengadakan online convention di mana aktiviti di pentas, pertandingan komuniti dan sebagainya akan disiarkan di Facebook Live MVP Mobile Arena.

GamesFusion akan menyediakan kawasan gaming Free Play Arena di mana korang boleh bermain pelbagai game-game secara PERCUMA!

AniManGaki akan menganjurkan pertandingan Solo Cosplay pada hari kedua (Ahad). Bawaklah kamera korang untuk bergambar bersama cosplayers sekalian. Nak join pon boleh.

Her Majesty’s Mansion pula akan membuka maid and butler café dengan bayaran RM25. Nikmati hidangan pencuci mulut dan minuman sambil dilayan barisan maid dan butler.

Amacam? Banyak jugak benda best akan berlangsung di Ctrl+Alt Gaming 2018 (CAG2018) nanti. Siapa nak join kitorang? Kalau korang gamer dan korang nak tiket PERCUMA ke pesta gaming ini, nantikan pengumuman daripada kitorang.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Mendiang Davide Astori Akan Kekal Dalam FIFA 18, Disahkan Oleh EA

Horizon Zero Dawn: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sesi Percubaan Pertama Untuk Horizon Zero Dawn Suatu Ketika Dahulu Adalah “Amat Kejam”