in , , , ,

CS:GO Akan Perkenalkan Mode Survival Seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds? Betul Ke Bohong?

Sama ada Counter-Strike: Global Offensive akan mendapat mod yang sama seperti PUBG atau Valve secara rawak sedang memenuhi game-nya dengan fail-fail tidak berguna. Ianya boleh jadi antara kedua-duanya.

Khabar angin mula berlegar-legar di ruang komuniti CS:GO yang mengatakan bahawa game itu akan mendapat mode battle royale yang sama seperti PUBG.

Teori dari saluran YouTube, Valve News Network sekali lagi memberi tekanan kepada pembangun video game tersebut apabila Valve News Network dapat mengesan beberapa patch sejak bulan Mei 2016.

Itu sebelum PlayerUnknown’s Battlegrounds belum diumumkan lagi. Namun, korang harus ingat, PUBG bukanlah game pertama yang membawakan genre battleroyale. Formulanya telah dapat dibuktikan dari game asal PUBG iaitu mod DayZ: Battle Royale dan H1Z1 mod King of the Hill.

Patch tersebut dibincangkan dalam video di bawah, membincangkan tentang semua kandungan dan ciri-ciri yang belum lagi dijumpai dalam CS:GO seperti busur, pertempuran tanpa senjata, baju perisai berat dan ringan, supply crates, payung terjun, dron, bahan letupan, sonar, beacons, grenad terbaru, peralatan medik, gogal penglihatan malam dan juga map sebuah pulau serta banyak rujukan tentang “survival”.

Walau bagaimanapun, kita takkan terkejut untuk melihat Valve untuk menyertai formula PUBG kerana ia mempunyai sejarah yang terkenal dalam menukarkan sebuah mode menjadi sebuah game penuh – antaranya Dota, Team Fortress dan juga Counter-Strike.

Sumber: VG247

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Open Beta Untuk Dragon Ball FighterZ Telah Diumumkan, Dapatkan Waktu Ia Akan Bermula Dan Berakhir

Ubisoft Lanjutkan Waktu Percuma Untuk Dapatkan AC4: Black Flag, World in Conflict Dan Watch Dogs