Setelah mengacah sesuatu yang misteri dalam beberapa hari lalu, EA dan Crytek akhirnya telah mengumumkan berita yang menggembirakan untuk peminat setia francais Crysis.
Crysis Remastered diumumkan untuk PC, PS4, Xbox One dan buat pertama kalinya akan hadir ke platform Switch. Walau bagaimanapun, remastered untuk game pertama daripada francais yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2007 ini masih belum lagi mempunyai tarikh pelancaran, yang mana mereka hanya mengatakan ia bakal hadir tidak lama lagi.
Satu trailer acah pendek berdurasi 37 saat telah diperlihatkan. Video dimulakan dengan memaparkan screenshot komen daripada para peminat yang mahukan francais Crysis di-remaster. Kemudian, skrin terus menunjukkan Jake “Nomad” Dunn, protagonis dari game pertama.
Jom saksikan:
Comments
Loading…