Stranger Things merupakan salah satu siri TV paling popular di dunia pada ketika ini, dan pada hari ini, musim ketiganya telah pun mula distrim di Netflix.

Terbaru, melebarkan sayapnya lagi, Fortnite telah mengumumkan kandungan crossover bersama Stranger Things. Portal telah ditambah ke dalam Fortnite, dan ianya terletak di dalam kawasan Mega Mall —  yang mana pusat beli belah (mall) juga menjadi lokasi utama untuk musim ketiga Stranger Things.

Korang boleh saksikan video di bawah untuk lihat bagaimana Portal berfungsi dalam Fortnite:

Selain Portal, mungkinkah akan ada kandungan lain dari Stranger Things yang akan dibawa ke dalam Fortnite? Sama-samalah kita nantikan.

JomKomen!