Setelah mengumumkannya pada Jun lalu, Respawn Entertainment akhirnya akan memperkenalkan fungsi cross-play dalam Apex Legends pada minggu hadapan.
Para pemain game shooter battle royale popular ini di PC (Origin), PS4 dan Xbox One akan boleh main bersama bermula 6 Oktober ini. Ia masih lagi dalam versi beta, yang mana fungsi ini akan dibawakan ke Steam pada suatu tarikh yang masih belum diumumkan.
Fungsi cross-play akan diletakkan secara default dan akan membenarkan para pemain squad-up dengan mana-mana pemain di mana-mana platform yang disebutkan di atas. Chat suara juga akan ditampilkan, walau bagaimanapun cross-progression masih belum dibawakan dalam versi beta ini.
Seperti kebanyakan game shooter yang menyokong cross-play: pemain di konsol, iaitu PS4 dan Xbox One, akan ditemukan bersama, dan PC seperti biasa akan bermain di server PC sendiri. Namun, sekiranya ada gabungan pemain konsol dan PC dalam skuad yang sama, maka matchmaking akan membawa skuad tersebut ke server PC.
Sekiranya korang tidak mahu, fungsi cross-play ini boleh sahaja dimatikan pada bila-bila masa di settings.
Comments
Loading…