Dah bosan menggelecek dan menjaringkan gol menggunakan bintang bola sepak Portugal ini dalam PES dan FIFA? Masa untuk beralih arah ke battle royale.
Garena dan ikon sukan dunia, Cristiano Ronaldo telah mengumumkan kerjasama yang telah membawa masuk Ronaldo ke dalam game terbitan Garena, Free Fire.
Karakter berwajahkan Ronaldo ini diberi nama Chrono, yang mana beliau akan memakai satu kostum futuristik cyberpunk.
Kandungan baharu yang digelar Operation Chrono ini akan dilancarkan pada 19 Disember ini.
Korang boleh saksikan trailer yang menampilkan penyerang Juventus itu di bawah:
Korang boleh mainkan game battle royale Free Fire secara percuma melalui Android di sini dan iOS di sini.
Comments
Loading…