in , , , , , ,

Cristiano Ronaldo Berpindah Ke Juventus – Apa Bakal Terjadi Kepada Muka Hadapan FIFA 19?

Patut ambil Harry Kane. It’s coming home.

Malam tadi, setelah drama ini berkisar selama seminggu, Cristiano Ronaldo akhirnya telah disahkan bakal berpindah ke kelab juara Itali, Juventus. Berita ini telah disahkan oleh kelab yang telah beliau bermain selama sembilan tahun, Real Madrid dalam satu post perpisahan penuh syahdu.

Berita perpindahan ini bukan sahaja memberikan kesan kepada para peminat Real Madrid, malah akan memberikan impak kepada industri gaming secara amnya, dan kepada video game bola sepak paling popular di dunia, siri game FIFA khususnya. Didedahkan semasa persidangan E3 lalu, FIFA 19 kini sedang giat dipromosikan — dan apa yang paling menarik ialah muka hadapan untuk game ini adalah… Cristiano Ronaldo… yang memakai jersi Real Madrid.

Bukan setakat muka hadapan, malah pelbagai promosi lain turut menampilkan Ronaldo sebagai ‘watak’ utama. Menambah kebingungan kepada EA Sports kini, story mode dalam FIFA 19 nanti, iaitu The Journey turut menampilkan karakter utamanya Alex Hunter bermain bersama Cristiano Ronaldo, dalam kelab Real Madrid.

Bagi sesetengah peminat gama FIFA, perkara ini bukanlah satu isu yang besar kerana dalam game nanti, EA Sports boleh sahaja memindahkan Ronaldo dari Real Madrid ke Juventus, seperti mana-mana pemain sering bertukar-tukar kelab sepanjang musim bola sepak. Iyalah, apa yang penting itu adalah gameplay di dalam game itu sendiri, bukan apa yang dipaparkan di muka hadapan kotak FIFA 19.

Tapi bagi sesetengah pihak dan juga kepada EA Sports itu sendiri, muka hadapan pastinya sesuatu yang amat penting. Ia merupakan promosi utama untuk game tersebut dalam memikat hati para pembeli atas pagar.

JomBaca: Rasmi: FIFA 19 Bawakan Lesen UEFA Champions League, Tarikh Pelancaran Diumumkan

Kontroversi antara muka hadapan sesebuah game bola sepak dengan perpindahan pemain di dunia sebenar telahpun menggegarkan pesaing FIFA, PES 2018 pada tahun lalu. Sama kisahnya seperti apa yang berlaku kepada FIFA 19 sekarang, PES 2018 terlebih dahulu telah meletakkan aksi Neymar bersama beberapa pemain FC Barcelona yang lain sebelum Neymar mengumumkan perpindahkan dari kelab Catalan itu ke Paris Saint-Germain F.C. (PSG).

Dua bulan selepas perpindahan ke kelab gergasi Perancis itu, Konami akhirnya menukar wajah Neymar dengan Andres Iniesta. Pertukaran wajah ini membabitkan skrin di dalam game sahaja, iaitu ikon menu utama (PS4), skrin permulaan apabila membuka game, dan di menu utama dalam game. Semestinya, muka hadapan untuk kotak fizikal PES 2018 tidak dapat ditukar kerana ia telahpun dipasarkan.

Kini, ia agak menarik untuk kita lihat apa pula tindakan EA Sports dalam menangani isu ini. Konami melalui apa yang mereka lalui dengan PES 2018 mungkin tidak terlalu berat kerana muka hadapannya memaparkan Neymar dengan beberapa pemain lain. Maka, “kesilapan” meletakkan wajah Neymar itu tidaklah terlalu kelihatan. Walau bagaimanapun, untuk FIFA 19, ia meletakkan Ronaldo berseorangan, terlalu nyata memperlihatkan “kesilapan” jersi yang dipakai pemain berasal dari Portugal itu.

Tetapi, dari satu sudut yang lain pula, EA Sports bakal tidak mempunyai masalah yang besar kerana mereka memiliki jumlah lesen dan wang yang banyak. Jadi, menukar muka hadapan FIFA 19, jika sempat sebelum ia dilancarkan, adalah sesuatu yang tidak mustahil buat mereka.

Persoalannya sekarang, apakah bentuk perubahan yang akan mereka lakukan? Adakah mereka akan menukar kepada Ronaldo memakai jersi Juventus? Atau menggantikan Ronaldo dengan pemain Real Madrid yang lain? Atau menukar pemain lain dari kelab lain? Atau mungkin juga tidak mengubah apa-apa kepada muka hadapan kotak fizikal FIFA 19, sama seperti apa yang Konami lakukan terhadap PES 2018?

Sama-samalah kita nantikan kesudahan drama ini dalam episod akan datang. Bersambung…

JomBaca: Facebook Dilaporkan Bakal Adakan Rancangan Realiti Cristiano Ronaldo – Macam Story Mode Dalam FIFA?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Monster Hunter World Untuk PC Diumumkan, Ini Keperluan Spesifikasinya

Kerana Takut Dengan Kekuatan Pemain PES Asia Tenggara, WESG Tak Pertandingkan PES 2018 Di Rantau Ini?