in , , ,

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Bakal Tiba Di PS4 “Terlebih Dulu”, Kata Sony – Akan Dikeluarkan Ke Platform Lain Juga?

Mungkinkah game ini bukan eksklusif untuk PlayStation?

Diumumkan di pentas Sony semasa acara E3 2016, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy buat masa ini hanya dipromosikan oleh Sony. Ramai menjangkakan bahawa game remastered ini menjadi eksklusif untuk PlayStation 4. Namun, daripada tweet yang dikeluarkan oleh akaun rasmi PlayStation Ireland, nampaknya berkemungkinan game ini akan diterbitkan untuk platform lain juga.

Seorang pengguna Twitter telah menanyakan kepada akaun rasmi itu sama ada game ini hanya akan dikeluarkan untuk PS4 atau tidak. Akaun rasmi PlayStation Ireland telah menjawab bahawa game ini akan eksklusif untuk PS4.

Tetapi, tweet itu telah dipadam dan terima kasih kepada NeoGAF, ia telah berjaya di-screenshot:

Akaun rasmi itu kemudiannya telah mengeluarkan tweet baru untuk menjelaskan kesilapan terhadap tweet yang telah dipadam itu dengan mengatakan “ia bakal tiba di PlayStation 4 dan PS4 Pro terlebih dahulu.”

Kenyataan ini boleh kita anggap sebagai penjelasan untuk menyatakan bahawa ia juga akan dilancarkan kepada platform lain, namun akan ke PS4 terlebih dahulu.

Francais Crash Bandicoot adalah siri game yang telah banyak dilancarkan di platform-platform, bukan francais yang eksklusif untuk Sony. Walau bagaimanapun, tiga game yang akan ditampilkan dalam Crash Bandicoot N. Sane Trilogy adalah Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot: Warped – iaitu tiga game pertama francais ini yang hanya dikeluarkan di PS1.

Maka, spekulasi ini akan terus berpusing sama ada ia akan dilancarkan untuk platform-platform ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.

Minggu lalu, Sony telah mengumumkan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan diterbitkan di PS4 pada 30 Jun 2017.

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Unit review Crash Bandicoot N. Sane Trilogy disediakan oleh NaGaming dan korang juga boleh dapatkan daripada mereka!

[/su_box]

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch Sapu Bersih Game of the Year D.I.C.E Awards 2017 – Uncharted 4, Inside Juga Cemerlang

Asia Pacific University Lancarkan eSports Malaysia Academy - Bangunkan Bakat Atlit Dan Tenaga Kerja Esports!

Asia Pacific University Lancarkan eSports Malaysia Academy – Bangunkan Bakat Atlit Dan Tenaga Kerja Esports!