in , ,

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Adalah Game Remastered Paling Laris Terjual Dalam Sejarah PS4!

Woah!

Crash masih lagi segar dalam ingatan bagi mereka yang membesar di zaman PlayStation 1 dan nampaknya nostalgia ini berhasil justeru menyumbang kepada nombor jualan.

Satu kejayaan besar tercatat dalam sejarah PlayStation apabila game yang menjadi fenomena pada tahun 90-an, dikeluarkan kembali dalam versi remastered pada tahun ini bertajuk Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, dibangunkan oleh Vicarious Visions dan diterbitkan oleh Activision.

Dalam satu kenyataan dari BusinessWire, Activision mengumumkan koleksi remastered Crash Bandicoot N. Sane Trilogy menjadi pilihan hati ramai pemain untuk mengungguli carta jualan koleksi remastered dalam sejarah PS4.

Lebih-lebih lagi, Crash Bandicoot N. Sane Trilogy masih lagi berada dalam carta 10 game paling laris terjual di US pada tahun ini berdasarkan unit jualan.

Siapa sangka koleksi game Crash Bandicoot ini lagi laris terjual berbanding Uncharted: The Nathan Drake Collection ataupun Assassin’s Creed: The Ezio Collection? Pergh, memang woah!

Korang boleh baca review kami tentang Crash Bandicoot N. Sane Trilogy di sini. Bagi yang sudah bermain game ini, apa pendapat korang tentang koleksi remastered ini?

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Aplikasi Apple Store Kini Memaksa Game Yang Mempunyai Loot Boxes Untuk Mendedahkan Item Mereka

Aplikasi Apple Store Kini Memaksa Game Yang Mempunyai Loot Boxes Untuk Mendedahkan Item Mereka

Server Multiplayer Killzone 2 Dan 3 Akan Ditamatkan Dalam Jangka Masa 3 Bulan