Akaun Twitter rasmi Crash Bandicoot telah memuatnaik satu video baharu yang sangat comel, memaparkan dua karakter ikonik adik-beradik Crash dan Coco bermain Uncharted 4.
Video ini merupakan rujukan balas kepada easter egg yang terdapat dalam Uncharted 4: A Thief’s End. Dalam game aksi yang dilancarkan pada 2016 untuk PS4 itu, pada awal permainan, kita disajikan dengan cutscene di mana Nathan Drake dan isterinya, Elena bermain game Crash Bandicoot dalam PS1 di ruang tamu rumah mereka.
Babak tersebut bukan sekadar cutscene yang hanya boleh ditonton, tetapi pemain sendiri terus dibenarkan untuk bermain Crash Bandicoot itu yang sedang dikawal oleh Nate. Ia merupakan salah satu easter egg yang terbaik pernah dibawa masuk dalam mana-mana game, apatah lagi lucu apabila melihat gelagat Nate yang cuba untuk mengatasi markah tertinggi yang dicapai Elena.
Comments
Loading…