in ,

Counter Strike: Global Offensive Kini Menjadi “Free-To-Play”, Lancarkan Battle Royale “Danger Zone”

Valve telah mengumumkan dua berita yang sangat besar untuk Counter Strike: Global Offensive (CSGO).

Pertama, Valve mengumumkan yang CSGO kini boleh dimainkan sepenuhnya secara percuma, atau dalam kata ia kini telah menjadi “free-to-play”.

Bagi korang yang telah membeli CSGO sebelum ini, korang akan diberi Loyalty Badge, yang boleh dipamerkan di profile korang. Selain itu, akaun yang telah beli game ini juga akan dinaiktaraf menjadi Prime. Bermakna, korang hanya akan di-matchmaking bersama/menentang pemain-pemain Prime lain sahaja, tidak akan bercampur dengan pemain “free-to-play”.

Kalau korang pergi ke laman Steam CSGO sekarang, terdapat dua pilihan untuk korang mainkan. Satu, versi “free-to-play”, dan satu lagi versi Prime yang berharga RM63.

Keduanya, Valve telah mengumumkan Danger Zone, sebuah mode battle royale yang mempunyai aura Counter-Strike-nya tersendiri. Menggunakan mekanisme yang sama dengan multiplayer, Danger Zone menyokong 16 pemain untuk solo dan 18 pemain untuk duo dan triple.

Kebanyakan mekanisme yang ada dalam CSGO selama ini seperti ekonomi bertier, membeli senjata dan mempunyai tebusan — semuanya ada dalam Danger Zone. Tidak seperti mode battle royale dalam game-game lain, senjata tidak boleh didapati bersepah di atas lantai, sebaliknya, pemain boleh pesan senjata melalui tablet dan ia akan menghantarnya kepada pemain.

Tablet itu juga boleh mengesan lokasi pemain lain, bergantung kepada kemahuan korang untuk membelanjakan bagi menaiktarafnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Game Baru Paling Menarik Yang Diumumkan Di The Game Awards 2018

Sony Yang Sunyi Di The Game Awards 2018, “Jumpa Korang Pada Tahun Baru”, Kata Bos PlayStation