in ,

Counter-Strike: Global Offensive Capai Rekod Baru Jumlah Pemain Serentak

Lapan tahun selepas pelancaran, Counter-Strike: Global Offensive terus memecahkan rekodnya yang tersendiri.

Jumlah pemain serentak pada satu-satu masa untuk Counter-Strike: Global Offensive di Steam telah mencapai rekod baharu apabila ia mencecah seramai 924,045 pemain dalam tempoh 24 jam yang lalu. Korang boleh saksikan carta ini di Steam Charts.

Rekod terbaharu ini memecahkan rekod yang sebelum ini dicapai pada awal Februari 2020, iaitu seramai 876,575 pemain serentak.

Melihat perbualan komuniti CSGO, ramai berpendapat bahawa peningkatan para pemain ini disebabkan tersebarnya COVID-19 yang mana ia telah memaksa para pemain untuk meluangkan lebih masa di rumah, terutamanya para pemain di China. Salah satu faktor yang mempengaruhi juga ialah tindakan Valve yang telah menukar model game ini kepada free-to-play pada penghujung tahun 2018.

Korang boleh mainkan Counter-Strike: Global Offensive secara percuma di Steam.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Malapetaka Sedang Menghantui Career Mode Dalam FIFA 20, Ramai Pemain Mula Mengamuk

2 Pemain Pro FIFA 20 Terpaksa Lawan Osom Selepas Server EA Ada Masalah Teruk

Filem Uncharted Mendapat Pengarah Ke-7, Antonio Banderas Sertai Barisan Pelakon

Filem Uncharted Mendapat Pengarah Ke-7, Antonio Banderas Sertai Barisan Pelakon