Barulah sedap main PUBG kat Xbox One nanti. Ehem.

Jenama perkakasan dan aksesori PC gaming, CORSAIR telah mengumumkan barisan mouse dan keyboard berwayar dan wayarles bagi Xbox One. Lepas ni, gamer di Xbox One boleh bergaya dengan barangan CORSAIR. Untunglah!

Dengan pengumuman Microsoft yang membenarkan sokongan dan penggunaan mouse dan keyboard di platform Xbox One, developer-developer game kini juga boleh mempertimbangkan sokongan mouse dan keyboard bagi game-game di platform Xbox One.

Antara game-game Xbox One yang menerima update sokongan mouse dan keyboard di platform tersebut adalah Fortnite, Warframe dan Minecraft – dengan banyak lagi game dijangka akan menerima sokongan yang sama di masa hadapan.

Dah macam PC dah Xbox One ni. Setakat ini Sony belum lagi mengumumkan sebarang sokongan terbuka terhadap mouse dan keyboard, tetapi terdapat pelbagai jenama emulator mouse dan keyboard di pasaran yang boleh digunakan di platform tersebut.

Mouse dan keyboard di konsol – patut ke tak patut?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.