in ,

Cooler Master Umumkan Kerjasama Bersama Malaysia Battlefield Team (MBT)

Syarikat yang terkemuka dalam membawakan pelbagai barangan komputer, Cooler Master telah mengumumkan jalinan kerjasama mereka bersama komuniti gaming dan eSports yang kini sudah mencecah usia 10 tahun, Malaysia Battlefield Team (MBT).

malaysia-battlefield-team-mbt-cooler-master

Ditubuhkan pada 15 September 2006, MBT cukup terkenal dengan semangat mereka yang ingin membangunkan komuniti ini, terutamanya dalam francais Battlefield. Mereka cukup aktif dalam memeriahkan komuniti ini dengan pelbagai acara, antaranya menjadi antara penganjur bagi CyberFusion 2015. Kini, mereka mempunyai pasukan yang bergiat aktif dalam pertandingan kompetitif Overwatch.

Sebagai rakan kongsi rasmi kepada MBT, Cooler Master akan menyokong MBT dengan menyediakan barangan-barangan jenama mereka seperti Case, Power, Thermal Solutions dan pelbagai barangan lain.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pengasas MBT, Nurhezri Mohd Passin berkata, “kami ingin berterima kasih kepada Cooler Master untuk rundingan yang cepat dan lancar dalam kerjasama bersama MBT dengan menyediakan sokongan kepada ahli kami. Kami teruja dengan kerjasama ini dan yakin ia akan membawa MBT untuk melebarkan lagi kejayaan bersama Cooler Master Malaysia.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Day One Patch Digelar “Crown” Dan Segala Info Tentangnya Didedahkan

DLC Titanfall 2 Tiba Hujung November, Seperti Dijanjikan Ianya Percuma