Menu
in

Cooler Master Mula Masuk Ke Pasaran Kerusi Gaming – Memperkenalkan Siri Caliber Dan Ergo

Cooler Master Mula Masuk Ke Pasaran Kerusi Gaming - Memperkenalkan Siri Caliber Dan Ergo

Jaga-jaga Secretlab, Corsair dan DXRacer, korang ada pencabar baharu yang masuk ke gelanggang kerusi gaming.

Buat pertama kalinya, syarikat yang cukup terkenal dengan barangan-barangan komputer, Cooler Master telah memperkenalkan jenama kerusi gaming mereka sendiri. Dua siri kerusi gaming telah diperkenalkan, iaitu Caliber dan Ergo.

Untuk Caliber, terdapat tiga pilihan model, iaitu Caliber R1, Caliber R2 dan Caliber X1.

Caliber R1 dan R2 direka untuk keselesaan premium dan menampilkan rekaan material ergonomik yang baik untuk digunakan dalam jangka waktu yang lama. Antara fungsi yang ada ialah keupayaan untuk melaras kerusi pada 90 hingga 180 darjah, serta aksesori sokongan kepala dan bahagian belakang badan.

Caliber X1 pula adalah untuk mereka yang mahukan rekaan kedudukan yang lebih besar sebanyak 10 hingga 20 peratus.

Siri Ergo pula mempunyai hanya satu model, iaitu Ergo L. Kerusi gaming ini merupakan model dari Cooler Master paling premium, menampilkan bermacam spesifikasi paling selesa, serta mampu menampung berat sehingga 200kg.

Selain kerusi gaming, Cooler Master juga mengumumkan tikar lantai gaming yang digelar FM510. Material yang digunakan mempunyai pelapisan pencegah air yang berkualiti tinggi, 100% getah, serta tekstur premium yang sama seperti mousepad.

Berikut ialah harga yang ditawarkan untuk produk-produk terbaharu Cooler Master seperti yang disebut di atas:

  • Caliber R1 – RM899
  • Caliber R2 – RM999
  • Caliber X1 – RM1,299
  • Ergo L – RM2,299
  • FM510 – RM299

Untuk butiran lanjut, korang boleh layari laman web Cooler Master.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version