in ,

Controller Xbox Masih Gunakan Bateri AA Sebab Ada Perjanjian Dengan Duracell

Kita pasti pernah tertanya, di sebalik bermacam teknologi yang dicipta pada hari ini, mengapa Microsoft masih lagi menggunakan bateri AA untuk mengkuasakan controller-controller Xbox?

Di kala semua jenama terkenal controller di luar sana sudah menggunakan bateri dalaman yang boleh dicas semula, mengapa Xbox masih terkebelakang dalam hal ini?

Akhirnya kita mendapat jawapan kepada persoalan ini melalui satu temubual antara pengurus pemasaran syarikat bateri tersohor, Duracell, Luke Anderson dengan Stealth Optional.

“Sejak sekian lama, terdapat kerjasama antara Duracell dan Xbox.. ia satu perjanjian tetap yang Duracell dan Microsoft meterai bersama,” kata Anderson.

“[Perjanjian itu] adalah untuk OEM menyalurkan produk bateri untuk konsol-konsol Xbox dan juga bateri untuk controller-controllernya. Jadi perjanjian itu akan berterusan untuk beberapa lama lagi.. ia telahpun berlangsung sejak beberapa lama dan saya rasa ia perlu diteruskan untuk beberapa lama lagi.”

Menurut Kotaku, maka sebab itulah kita sering nampak kempen pemasaran online Duracell sentiasa menampilkan controller-controller Xbox. Malah, pembelian konsol Xbox Series X dan Series S juga didatangkan bersama dua bateri AA Duracell, dan bukannya bateri boleh dicas semula berjenama Xbox.

Ketika artikel ini ditulis, Microsoft masih belum mengeluarkan apa-apa komen tentang perjanjian bersama Duracell ini, namun dalam kenyataan yang diberikan MCV Develop, syarikat itu berkata:

“Kami sengaja menawarkan pengguna pilihan dalam solusi bateri mereka untuk Xbox Wireless Controllers. Ini termasuklah penggunaan bateri AA dari mana-mana jenama, Xbox Rechargeable Battery, solusi pengecasan dari rakan kongsi-rakan kongsi kami, atau kabel USB-C, yang mana boleh mengkuasakan controller itu apabila dicucukkan ke konsol atau PC.”

Korang pula macam mana? Lebih sukakan pilihan bateri yang bagaimana? Bateri AA seperti controller Xbox atau bateri dalaman yang boleh dicas semual seperti controller-controller PlayStation dan Nintendo Switch?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bekas Pengarah Yakin God of War Ragnarok Akan Turut Dilancarkan Di Kedua-Dua PS4, PS5

Ada Peminat Mula Cipta (& Akan Jual) PS5 Dengan Rekaan Bertemakan PS2

Jualan PS5 Warna Hitam Bertemakan PS2 Dibatalkan, Staf Terima Ancaman Keselamatan