in , ,

Controller Untuk Mobile Seperti Nintendo Switch – Memperkenalkan Razer Kishi, Berharga RM389

Pernah terbayang untuk bermain game-game mobile dengan controller yang berbentuk seakan Nintendo Switch? Razer ada jawapannya.

Razer telah mengumumkan sebuah aksesori untuk telefon pintar mereka yang terbaharu, digelar Razer Kishi. Seperti yang korang boleh nampak dalam gambar di atas, ia merupakan controller untuk bermain game di telefon pintar, berinspirasikan daripada Nintendo Switch.

Kishi membawakan ketepatan yang dipertingkat dan kawalan-kawalan yang diperkembangkan. Penambahbaikan ini dapat dinikmati dengan kehadiran analog stick boleh-tekan, pelbagai butang serta d-pad yang mempunyai 8-arah. Malah, sama seperti controller-controller lain, ia menampilkan butang trigger di bahagian belakang.

Kishi disambungkan ke telefon pintar melalui sambungan USB-C, sekaligus menghapuskan input lag, serta menyajikan latency yang sangat rendah.

Controller ini turut menyokong keupayaan untuk dimainkan di cloud gaming seperti Microsoft Project xCloud, Google Stadia atau NVIDIA GeForce NOW.

Razer Kishi akan dilancarkan ke pasaran Malaysia di beberapa kedai terpilih bermula 27 Jun 2020, dengan harga RM389 untuk Android. Untuk iOS, Razer akan melancarkannya pada tahun ini juga namun belum ada tarikh dan harga yang diumumkan.

Korang boleh layari laman rasmi Razer Kishi untuk info lanjut.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Jangan Sedih EURO 2020 Ditunda Kerana Korang Boleh Mainkan Dalam PES 2020 Sekarang

Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital